Sunday, 19 August 2012

Pengenalan Melalap

KAMPUNG MELALAP Kampung Melalap terletak kira – kira 20km daripada pekan Keningau. Perjalanan untuk sampai ke sini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Melalap, pengunjung akan dapat melihat kehijauan alam yang indah kerana terdapat kawasan yang berbukit bukau dan dipenuhi dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Selain itu, Kampung Malalap juga turut ditanam sawah padi di atas ,keluasan tanah 50 hektar persegi. Di sini juga mempunyai suhu yang lembab dan dingin terutama ketika waktu pagi. Setiap pengunjung yang datang ke sini, pasti akan terpukau dengan suasana yang damai dan tenang serta keindahan pemandangan kampung. Kampung melalap, adalah sebuah perkampungan yang dihuni oleh suku kaum Murut dan Dusun. Terdapat 85% penduduk yang beragama kristian dan selebihnya beragama islam. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap bersatu padu dan mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Mereka seolah – olah sebuah keluarga yang tinggal bersama didalam satu kawasan kampung yang harmoni walaupun berlainan adat dan keturunan. Kampung Melalap, mempunyai 908 orang penduduk dan mempunyai 92 buah rumah yang berkedudukan tidak teratur. Kebanyakan penduduk Kampung Melalap berhijrah ke luar daripada kampung untuk mencari rezeki atau berkahwin dan berpindah ke kampung lain. Bagi penduduk kampung yang menetap di sini mereka berkerja sebagai buruh, jururawat dan bekerja sendiri. Majoriti penduduk di sini, berkerja sebagai petani, mengusahakan ladang getah dan kelapa sawit. Dianggarkan 53% daripada mereka bekerja sebagai pesawah dan 45% pula bekerja di ladang getah. Hanya 2% sahaja yang mengusahakan ladang kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment