Sunday, 19 August 2012

Pengenalan Tenom

Pengenalan Tenom Tenom merupakan sebuah bandar yang terletak di Bahagian Interior Sabah, Malaysia timur di pulau Kalimantan. Bandar ini disebut Fort Birch pada masa kolonial awal. Penduduknya diperkirakan sekitar 46.200 pada tahun 2000.Kumpulan-kumpulan etnik utama adalah Murut (60%), diikuti oleh China (20%), Melayu (10%), dan Kadazan-Dusun (8%). Daerah ini terutama merupakan zon pertanian, dengan kacang soya, jagung, sayur-sayuran dan tanaman utama koko. Tenom merupakan salah satu lokasi yang lebih indah Sabah interior, dengan Crocker Range mengesankan menjulang tepat di belakang bandar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang "untuk Murut negara". Festival tahunan masyarakat Murut dikenali sebagai Pesta Kalimaran diadakan di Tenom. ASAL USUL DAERAH MELALAP Di Tenom terdapat satu daerah yang dikenali sebagai daerah Melalap, iaitu daerah yang kami menjalankan kajian mengenai kaum Murut yang yang terdapat di Tenom. Mengikut informan yang telah kami temubual iaitu En Thomas Lakei iaitu ketua kampung di Kampung Langsat menjelaskan bahawa daerah Melalap ini mendapat nama daripada sebatang sungai yang diberi nama Sungai Melalap. Oleh kerana, daerah Melalap ini berdekatan dengan sungai tersebut, maka daerah ini dinamakan daerah Melalap. Menurut sumber yang lain, iaitu En. Stephen Kagoi yang berjawatan sebagai ketua kampung Kasia bahawa sejarah asl usul penerokaaan dan pembukaan perkampungan di daerah ini tidak diketahui oleh mereka dan penduduk yang tinggal di sini. Manakala kemungkinan asal nama kampung Melalap berasal dari ladang kelapa sawit yang dahulunya menjadi sebagai kawasan pertanian Golden Hope yang terawal diusahakan di kawasan ini dan kini telah di ambil oleh Syarikat Sime Darby. Sejak dari itu, nama ladang Melalap diambil menjadi kampung Melalap. Kampung Melalap dikelilingi oleh beberapa buah kampung lain iaitu kampung Kasai, kampung Pangansangon, kampung Langsat, kampung Nalasitan dan kampung Sawang. Penduduk kampung Melalap dan kampung –kampung sekitar ini kebanyakannya mempunyai kaitan perhubungan saudara mara. Maka itu, amalan kunjung mengunjung sesama keluarga dan jiran tetangga sudah menjadi satu kemestian dan disebabkan itulah hubungan mesra antara mereka sentiasa terjalin dengan erat. Penduduk di sekitar kampung Melalap juga aktif melakukan aktiviti antara kampung dalam mengajurkan pertandingan sukan seperti bola tampar dan bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar kampung.

No comments:

Post a Comment